Wednesday, 6 February 2013

Kuih Tako

Kuih tako ni adalah salah satu kuih yg popular kat Johor dan kalau bulan posa tu.. kalau kita jalan kat bazar Ramadhan tu mmg ramai orang yg jual kuih Tako ni. Buat kuih ni sangat senang dan rasanya pon sedap! Kuih ni di buat menggunakan tepung Hoen Kwe. Tak payah nak kukus2. Masak aje atas dapur pas tu tuang aje dalam bekas2 comel tu. Yang istimewanya kuih ni di letakkan dalam bekas comel bentuk empat segi ni. Bekas tu pula di buat dari daun pandan.. tu lah yg menjadikan kuih ni sangat unik dan istimewa. Kalau nak buh dalam gelas pon ok jugak tapi macam ilang lah pulak keseniannya tu kan Kuih ni ade inti kat dalam dia. Diletakkan sengkuang Cina untuk menambahkan rasa kesedapan kuih ni.. kalau kita makan tu bila tergigit sengkuang tu.. uii.. sedapnya.. best kan..!! Tapi kalau susah nak dapatkan sengkuang Cina boleh gantikan dgn buah Pear. Cari yg agak keras sikit supaya, bila kita tergigit tu dia rangup. KUIH TAKO Lapisan Bawah 25 gm tepung hoen kwe - hijau 1 1/2 cawan air 1/2 cawan gula 2 biji sengkuang cina - di potong dadu (kalau tak de boleh guna buah pear) Lapisan Atas 25 gm tepung hoen kwe - putih 2 cawan sartan - 1/2 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air secubit garam Susun kotak pandan atas tray. Aturkan potongan sengkuang Cina dalan kotak pandan tadi. Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil mengacau hinga dia meletup - letup dan pekat terus tutup api dan masukkan dalam kotak pandan tadi. Kemudian kita ketepikan, dan buat pula Lapisan Atas. Satukan semua lapisan atas dam periuk dan masak atas api sederhana sambil dikacau. Sama seperti proses memasak lapisan bawah. Bila ia meletup2 kecil tu terus tutup api. Pastikan lapisan yg bawah tadi dah mengeras baru tuang lapisan putih. Tuang dari bahagian tepi dulu supaya dia tak bolos ke lapisan bawah. Tuang perlahan. Tunggu sejuk dan kemudian boleh di simpan dalam peti ais. Makan sejuk2 sedap! Nak order kuih ni? hubungi office atau emailkan sahaja, kami akan reply pada anda

No comments:

Post a Comment